Drama Razia Sultan di TV3 - sympearl

Drama Razia Sultan TV3, takdir atau pilihan? Perebutan takhta, pergolakan politik, pengorbanan cinta dan pengkhianatan menguji kecekalan dan kebijaksanaan seorang puteri menerusi drama bersiri Hindustan, Razia Sultan yang bersiaran di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis bermula semalam, jam 4 petang.

Diinspirasikan daripada kisah sejarah Razia Sultan, drama bersiri 85 episod ini diterbitkan Swastik Productions dari Mumbai, India membariskan pelakon hebat seperti Pankhuri Awasthy, Zara Barring, Sooraj Thapar, Khalida Turi, Sambhavna Seth dan Ankit Arora.
Mengisahkan Razia, anak kepada Shams-Ud-Din Iltumish dan cucu kepada Qutub-Ud-Din Aibak. Beliau dibesarkan seperti anak lelaki dan dilatih menguasai ilmu pedang dan menunggang kuda. Pada usia yang muda, Razia menunjukkan minat dalam hal ehwal politik dan bercita-cita memperjuangkan hak sama rata antara lelaki dan wanita. Razia juga berjiwa rakyat dan murah hati. Pada zaman kanak-kanak dia selalu menyelinap keluar dari istana untuk membantu golongan miskin. Konflik bermula apabila Shah Turkan iaitu bekas perempuan simpanan Iltumish muncul dengan anak lelakinya untuk merebut takhta. Iltumish berjaya menggagalkan muslihat itu dengan mengisytiharkan pemerintah Delhi yang seterusnya akan ditentukan dengan pertarungan. Pemenang menjadi pemerintah kerajaan Delhi baru. Beberapa pertarungan hebat berlaku termasuklah di antara Nasser dan Rukn-Ud-Din. Malangnya, Nasser dikalahkan Rukn-Ud-Din. Razia mengesyaki Shah Turkan bertanggungjawab di atas kekalahan abangnya, Nasser. Beliau berusaha membuktikan bahawa Shah Turkan menggunakan helah bagi mengalahkan Nasser. Tergugat dengan kewujudan Razia dan Naseer, Shah Turkan merancang membunuh seluruh keluarga diraja itu bagi memastikan hanya anaknya layak menjadi pewaris takhta kerajaan Delhi. Suatu hari, Razia terkejut apabila menjumpai mayat abang serta keluarganya. Apakah yang akan terjadi kepada Razia? Bagaimana Razia mengatasi kehilangan keluarganya dan bangkit melawan Shah Turkan dan Rukn-Ud-Din?

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28 Episod 29 Episod 30
Episod 31 Episod 32 Episod 33 Episod 34 Episod 35

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Disclaimer
All the contents posted here are found from various Search Engines blogs and forums. The Webmaster of this blog takes no responsibility what so ever for any of the content (image/audio/video). If you find some content inappropriate or if there is any violation of copyright, kindly contact the host of the content (image/audio/video) to remove it from their server.